Hari nhe saya nak kongsi macam mna nak membuat cake yg sgad sedap <3
strawberry cheese cake
Bahan-bahan ( (Kek keju yang kecil untuk sekali makan) )
- Bahan-bahan untuk dasar kek
- 150g biskut merry (Cap Tiger pun ok)
- 20g gula kastor (dikisar dahulu
- 150g mentega cair (panaskan dalam oven dulu sampai cair)
- Bahan-bahan adunan
- A: 250g cream cheese; 50g gula kastor
- B: 20g tepung gandum
- C: 2 biji kuning telur+1 biji telur
- D: 250g strawberry yogurt (brand DutchLady atau Nestle)
- E: 2 biji telur putih, 35g gula kastor
- F: 15g tepung jagung
- G: Buah Strawberry (Potong 7-8 biji strawberry dalam potongan sederhana besar-1 biji=8 potongan)
Cara-cara
- Cara-cara (Dasar kek)
- Biskut merry dikisar
- Di dalam bekas lain, masukkan gula kastor ke dalam mentega cair. Kacau sampai sebati.
- Masukkan adunan tadi ke dalam biskut merry yang telah dikisar . Gaul sehingga sebati.
- Tekan rata-rata dalam loyang (Sila rujuk cara nak alas loyang dalam list resepi saya yang lain) Tutup bekas dengan wrapper sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.
- Cara-cara (adunan kek)
- Bahan E dipukul sehingga kembang. Selepas kembang, masukkan F dan adunkan.Ketepikan.
- Putar A hingga lembut. Tambah B dan kacau sehingga sebati
- Campur C dan putar sehingga lembut dan tidak berbintil
- Campur D dan adun hingga rata
- Masukkan bahan E dan F yang telah dipukul terlebih dahulu, ke dalam adunan
- Masukkan potongan strawberry ke dalam acuan. Gaul rata-rata (tak perlu pakai pemukul)
- Tuang semua adunan ke atas base biskut tadi
- Bakar pada suhu 150 darjah celcius selama 80 minit. Boleh cucuk kek untuk pastikan dah masak ke belum.
- Setelah masak, bukakan pintu oven sedikit (jangan buka sepenuhnya) untuk haba keluar.
- Keluarkan dari oven selepas 1-2 jam (atau rasa bawah bekas, kalau dah suam-suam kuku, dah boleh bawa keluar).
- Masuk dalam peti ais tapi pastikan dah wrap loyang.
- Boleh hias kek dengan Strawberi yang dicelup dengan coklat atau taburkan coklat cair atas kek.
: Selamat Mencuba :